Friday, October 7, 2011

SEORANG IMAM DI CENFOS

huhu. ni pulak kisah aku di tempat belajar aku.. satu malam, aku nak ke masjid untuk solat Isyak.. asrama aku ni merupakan antara asrama yang paling best untuk didiami di CFS PJ.. toilet bersih, bilik yang ada privacy dan sistem siaraya yang bagus.. speaker tu setiap koridor ada la dlam 4 pastu siap dalam toilet pon ada speaker.. dan mikrofon utk smbung ke speaker tu bukan di office tapi di surau asrama.. maknanya, klau imam solat pakai mic, kita dok kat bilik pon boleh ikut imam asalkan x lebih 200 hasta klau x silap aku.. ala, pegi je la surau, bukan jauh sgt pon...



so, al kisahnya, satu malam tu aku nak ke masjid, so aku pon kluar la bilik.. aku pon dengar imam tengah baca doa.. dlam bahasa arab, aku amin-kan je la.. aku x faham sgt kalu bahasa arab.. sambil turun tangga, aku pon cuba la praktis bahasa arab aku, try faham.. sikit sgt la aku faham.. sampai je tingkat dua, aku dengar imam ni mcm dah sebak, aku ingatkan suara dia memang serak2 basah.. huhu.. bila aku sampai tingkat satu, aku dengar imam ni nangis... seorang imam yakni student di situ juga menangis.. menangis ketika membaca doa..

aku terkejut dan sedih pon ada jugak.. seorang student yg berumur lebih kurang aku, klau ada beza pon hanyalah maksimum 2 tahun.. tapi aku dan dia sangat la berbeza.. aku bukan la seorang yang alim.. tapi dia siap boleh menangis ketika membaca doa.. ketika dia menangis, dia x dapat meneruskan doanya.. kerana terlalu sebak, aku boleh dengar esakannya di speaker disitu.. lama aku tunggu, dia x dapat jugak teruskan doanya. aku cuba untuk jenguk untuk melihat muka dia, tapi x dapat tengok.. dia masih teruskan tangisannya..
aku teringat apa yang ustazah aku cakap kat aku masa aku form 3.. "hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat tahu betapa lazatnya menangis kerana dosa.. menangis kerana takutkan Allah.." dan ustazah aku pon ada cakap. "bukan main2 tau air mata kerana Allah ni.. sebesar kaki lalat pon sudah ada 7 batang sungai yang menghalan kita untuk masuk neraka Allah.."


kita ni hamba Allah, dan Allah ciptakan kita bukan x sengaja, bukan main2.. utk beribadat kepada dia.. kuasa Allah x kurang sikit pon kalau kita x sembah dia.. kalau kita lawan Allah pon kuasa dia x kurang.. kalau kita sembah Dia pon kuasa Dia x bertambah... cuma kita kena taat pada Dia..
aku pon terfikir jugak, bila la aku nak sampai tahap seperti student yang aku crita kat atas tadi... dia siap menangis kerana takutkan Allah.. aku pulak kadang2 siap berbangga bila ingkar perintah Allah...

1 comment:

  1. Paling elok nk ikut imam, kalau imam solat dulu sebelum kita, pergi dkt blakang dia. Kalau kita solat dulu sebelum imam, ada pendapat kata boleh niat makmum, dn ikut dr jauh, dr jarak2 tertentu. Mungkin kita solat sorang2 jauh daripada tmpt yg ada imam tu. Tp kalau mcm kau dalam bilik, kau cari imam dalam bilik la. Asrama bukan masjid, dan bilik bukan masjid, aku rasa kalau ada 4 imam dalam satu masa dalam bilik yg berlainan dlm 1 asrama. tk jadi masalah. Tp ni apa yg aku blaja la.

    ReplyDelete