Friday, November 4, 2011

ANNIVERSARY KAMI


*fiction - not a true story

nama saya Siti Humaira Binti Hassan. Pada tahun lepas aku telah pun sah sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama Umar Al-Haq bin Yusuf Al-Ghazi. Tarikh 17 Ogos 2010 merupakan tarikh yang tidak akan aku lupa. Berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali sebelum ini.

Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa kami dan restu dari mereka, Allah sinari rumah tangga kami dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Cahaya mata kami, Mujib Al-Rahman, menjadi pengikat antara aku dan suami aku. Ternyata Umar merupakan seorang suami yang bijak, kerana mampu menjadikan aku berasa tidak kekok untuk berada di sisinya meskipun kami belum pernah kenal antara satu sama lain sebelum ini. aku terpesona dengan keperibadiannya yang berwibawa, bijak, alim dan penyayang selain dari wajahnya yang mampu membuatkan darah aku mengalir kencang dan jantungku berdegup kencang.

hari ini, genaplah setahun usia perkahwinan kami. tetapi malangnya suamiku terpaksa ke luar negara atas urusan kerja. aku sangat berharap agar hari yang bermakna ini dapat aku luangkan bersama suami yang tercinta. aku tidaklah berharap untuk pergi ke candle light dinner ataupun parti besar- besaran untuk anniversary kami. aku cuma harap agar kami dapat luangkan masa bersama dan aku dapat bermanja dengannya, Umar.

tepat pukul 12 tengah malam, aku terima panggilan telefon daripada suamiku yang pada waktu itu berada di Vietnam atas urusan kerjanya.

"sayang, sayang dah tido ke?"

"abang, sayang belum tido lagi. x dapat tido la abang. sayang rindu kat abang."

"alaaaa.. abang pon rindukan sayang. tapi apa abang buat. takde rezeki kita nak sambut anniversary kita kali ni. sayang jangan buat abang rasa bersalah macam ni ye."

"takpe la abang. sayang redha. mungkin Allah dah plan yang lebih baik utk kita. ada la nanti hikmah kita berjauhan kali ni."

"betul tu. thanx sayang sebab paham hati abang. abang rasa tak sedap hati sebab takut sayang sedih x dapat sambut anniversary kita kali ini.'

"tak payah la abang rasa susah hati. sayang ok je. abang tu, jangan asyik teringatkan sayang pulak esok. awak tu ada kerja. haha"

"hahaha. ok la sayang. terubat jugak rindu abang dapat dengar suara sayang malam ni. ok la, abang nak tido ni. happy anniversary, assalamu'alaikum."

"happy anniversary abang, wa'alaikumussalam."

lepas suamiku call, terubat sedikit rinduku padanya. aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang.

KEESOKAN HARINYA...

tiba2 suamiku call. suaranya sangat cemas dan gelabah.\

"sayang, sayang kat mana ni?"

"oh, sayang tengah drive ni, kenapa bang?"

"abang ada tertinggal dokumen kat umah. kalau takde dokumen tu mati la abang!"

"oh. ok ok. nanti sayang sampai kat umah sayang call. abang kat mana tu?"

"abang kat Vietnam la sayang oi."

"oh, ok ok. nanti sayang call balik."

bila aku sampai je kat rumah, belum sempat aku letak barang2 yang dibeli di pasar tadi, suami aku sudah call. suaranya masih lagi gelabah.

"sayang dah sampai ke? dah jumpa ke dokumen tu?"

"abang ni, sabar laaa. sayang baru je sampai. abang belum cakap pun lagi dokumen tu kat mana."

"oh, dokumen tu ada dalam almari abang."

"ok, dokumen apa tu bang?"

"tu dokumen daripada office abang, urgent. nanti sayang pos ke office ye?"

"ok sayang dah kat almari abang ni. kat mana dokumen tu???"

"dalam paperbag purple tu. dah jumpa ke??"

"ABANG!!! ABANG TIPU!!"

"sayang.... sayang dah jumpa ek? hehee"

suara aku terhenti. aku diam. bukan nak marah. tapi aku menangis. dalam tu ada kad tertulis 'happy anniversary' dan sebuah kotak. kotak tersebut mengandungi sebentuk cincin. aku terharu dan sangat gembira sehingga menitiskan air mata. suara aku terhenti.

"abang jahat.. kenapa wat macam ni.. takut sayang tadi. ingat abang ada masalah."

"haha. abang mintak maaf sayang. hummmm. sayang suka tak hadiah tu?"

"suka sangat abang.. terima kasih.."

"sama-sama.. happy anniversary sayang.."

"happy anniversary.."

selepas panggilan itu, rindu dan sayang ku pada suami ku semakin membuak-buak. aku tidak sabar untuk menanti kepulangannya nanti.. Umar Al-Haq...

No comments:

Post a Comment