Thursday, September 1, 2011

kisah seorang muallaf

Ini kisah seorang mualaf. Pada ketika itu dia berasa dia sangat memerlukan dorongan spiritual untuk membuat kputusan penting itu; sama ada ingin memeluk Islam ataupun tidak. Maka dia pun duduk di sebuah ruang, ketika itu hari sudah malam. Dia menyalakan lilin dan membuka tingkap. Menikmati bayu malam dan suasana malam yang tenang. Lalu dia berdoa “ Ya Allah, inilah saatnya. Ini waktunya aku akan memeluk Islam. Berilah suatu tanda. Tidak perlulah yang besar, hanya yang sederhana sahaja. Kilatan halilintar atau apa saja. Sesungguhnya itu adalah kecil bagimu. Engkau yang maha mencipta.

Maka dia pun duduk menunggu. Selepas sekian lama menunggu, tiada apa-apa yang terjadi. Maka dia pun sekali lagi memohon agar Allah menunjukkan tanda untuk dia berasa yakin untuk memeluk Islam. Namun, tiada apa pun yang terjadi. Dia mencubanya untuk kali ketiga, namun keputusannya masih lagi sama. “absolutely nothing”.

Di tengah rasa kecewanya, dia duudk terdiam, lalu dia membuka al-Quran yang ada di hadapannya. Ayat pertama yang ditemui dan dibacanya berbicara tentang tanda-tanda kekuasaan Allah yang bertebaran di alam ini. Ayatnya bermaksud lebih kurang begini, “bukankah Kami sudah memperlihatkan tanda-tanda ….lihatlah sekelilingmu … lihatlah bintang-bintang, lihatlah matahari. Ini semua merupakan tanda-tanda bagi orang yang berakal.” Subhanallah.

Mengapa harus mencari tanda-tanda yang menakjubkan di sekeliling kita, sedangkan setiap kewujudan di dunia ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah. Contoh yang mudah, lihatlah burung yang berterbangan di udara. Bagaimanakah mereka terbang? Menggunakan sayap, mudah sahaja, anak ana yang berumur 4 tahun juga mampu menjawabnya dengan mudah. Bagaimana pula mereka membina sarang mereka? Menggunakan MULUT? Ya, mereka menggunakan mulut. Dan untuk menambah ilmu kita, burung menggunakan tumbuhan yang sudah mati untuk membina sarang, menggunakan mulut untuk menjalin dan sarangnya tidak akan hancur apabila dihanyut oleh angin putting beliung. Subhanallah…

No comments:

Post a Comment