Monday, November 7, 2011

HADIAH ALLAH SWT KEPADA SUAMI ISTERI


setelah 3 bulan aku dan suamiku, Umar al-Haq bergelar suami isteri, aku dihadiahkan satu berita yang sangat mengejutkan aku. pada mulanya aku rasa runsing sangat sebab dah hampir 2 bulan aku tidak didatangi haid. Umar sudah mula risau kalau2 aku sakit.

"kita pergi klinik je la, pakar sakit puan ke. abang risau la."

"alaaaa. abang ni cepat sangat gelabah. mana la tau sayang mengandung ke........"

"huh, mengandung!!??!?!? betul ke ni???!!?!?!"

"hahahahaha. abang ni. bukan confem lagi. ayang x jumpa doktor lagi la. tengah hari ni la ayang pergi jumpa doktor." wajah dia yang tengah excited memang lucu. hahaha

"ok ok. kita pergi berdua. abang hantar ayang pegi sana. ok?"

"alaa. klinik tu bukan jauh pon. susahkan abang pulak. ayang sihat dan boleh bawak kereta la."

"ish, ayang ni. ni kan weekend. biar abang je la bawak ayang. abang bukan selalu ada kat rumah. lagipun abang ada barang2 sikit yang nak dibeli kat Tesco. abang drop ayang je la. ok?"

"baik lah wahai suamiku yang tercinta.. hahaha. pukul 12. pastu ayang nak lunch kat Sushi King! abang belanja tau! hehehe"

kemudian satu ciuman hinggap di pipiku. aku terkedu, lalu Umar berbisik di telingaku.
"apa-apa saja untuk ayang..."
sesungguhnya setiap kali aku berada bersama Umar, aku berasa sangat selesa dan bahagia, meskipun ketika dia sedang tidur.

pukul 1 tengah hari, setelah selesai urusan klinik, aku dan Umar pulang ke rumah dulu sebelum ke Sushi King. dah Sushi King dekat je dengan rumah kami. semasa perjalanan pulang aku berpura-pura tidur kerana tidak mahu menjawab soalan suamiku. mesti dia kecoh tanya macam mana kat hospital tadi. huhu.

tiba sahaja di rumah Umar cakap nak buat air milo.
"abang minum air dulu la. sayang kalau pegi Sushi King mesti minum teh hijau. tak rasa apa-apa pon. baik abang minum dulu air yang manis ni sebelum masuk air pahit nanti. haha"

aku duduk di meja makan menunggu dia datang dengan air milo panas dia tu.

"abang, abang tau tak doktor cakap apa tadi."

"oh ye, a'ah, tadi doktor cakap apa. terlupa nak tanya tadi."

"doktor cakap..... ayang..... mengandung."

"huh!!!!?!!?!!!" tiba-tiba terlepas air kat tangan dia, terkena air panas la plak. terlompat-lompat suamiku.
"abang! abang! Ya Allah, abang ok ke?!?"

"ishhhhh, aduh, panas plak air ni. Allahuakbar. ayang serius ke ni? betul ke ayang mengandung?"
lalu dia berlutut dan menggosok perutku.
"alhamdulillah. dah ada isi kat dalam ni ye yang. abang bersyukur sangat pada Allah. ada rezeki kita. hai adik! ni abah ni. adik sihat ke kat dalam tu? hehe"

"ish abang ni baru 2 bulan bang. belum sempurna sifatnya lagi bang."

suamiku tersenyum gembira. dia berdiri lalu memelukku dari belakang.
"mulai hari ni, ayang dah kena kurangkan buat kerja kat rumah ni. takde la esok terus tak buat kerja. mati la abang. haha. biar abang pulak yang belajar cara masak, basuh pakaian, kemas rumah."

belum sempat aku menjawab kata-katanya, tiba-tiba tubuhku diangkat. Umar mendukungku. dan melihatkan senyuman di wajahnya, aku bahagia. aku memeluk tubuhnya.

"ayang dah kena kurang berjalan. hahahaha. kita solat zohor sama-sama dulu. lepas tu kita pergi Sushi King."

sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan suami yang penyayang, dan mentaati Allah SWT dalam apa-apa keadaan skali pun. aku bersyukur mempunyai seorang imam yang sentiasa mengingatkan aku kepada Allah SWT. aku bersyukur bergelar isteri kepada Umar al-Haq...

No comments:

Post a Comment